MENGENAI PPDa SMK DUSUN NANDING

VISI
“SMK DUSUN NANDING BEBAS DADAH 2012”

MISI
MERANCANG, MELAKSANA, MEMANTAU DAN MENILAI SEMUA AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH UNTUK MENGHASILKAN PELAJAR YANG BERPENGETAHUAN, BERPENDIDIKAN DAN MEMPUNYAI JATI DIRI YANG TINGGI SELARAS DENGAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.

OBJEKTIF

  • MENINGKATKAN PENGETAHUAN, KEFAHAMAN DAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH KEPADA MURID, GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH SUPAYA DAPAT MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERJEBAK DENGAN DADAH.

  • MEMBINA KETAHANAN DAN JATI DIRI YANG TINGGI DALAM KALANGAN MURID DARI SEGI FIZIKAL, EMOSI, MENTAL DAN ROHANI.

  • MEMBOLEHKAN MURID MEMBENTUK BUDAYA DAN TINGKAHLAKU POSITIF DAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI.

  • MELIBATKAN DAN MEWUJUDKAN PERMUAFAKATAN MASYARAKAT SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT LUAR SEKOLAH DALAM USAHA MENCEGAH DADAH
MATLAMAT
MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH ADALAH UNTUK MEMBERI PENGETAHUAN, KESEDARAN DAN KEINSAFAN KEPADA MURID, GURU, KAKITANGAN PENDIDIKAN DAN IBU BAPA AKAN BAHAYA DADAH AGAR MEREKA MENJAUHINYA DAN BERUPAYA MENENTANG ANCAMAN DADAH DENGAN MELETAKKAN SASARAN “SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012”

RASIONAL
MASALAH PENGGUNAAN DADAH YANG BERLELUASA HARI INI BUKAN SAHAJA MELIBATKAN ORANG DEWASA TETAPI MENULAR KEPADA GOLONGAN REMAJA. KEJADIAN INI MENJADI LEBIH GENTING DISEBABKAN PENGELUARAN PELBAGAI JENIS DADAH TERMASUK DADAH TIRUAN YANG SEMAKIN BERTAMBAH. KEADAAN INI MENYEBABKAN MURID KITA SENTIASA TERDEDAH DAN BERADA DALAM KEADAAN BERISIKO UNTUK TURUT TERLIBAT. MENYEDARI HAKIKAT INI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH SECARA SISTEMATIK DAN BERKESAN.

PRINSIP
  1. SEMUA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH HENDAKLAH MELAKSANAKAN PROGRAM PPDa.
  2. PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH ADALAH UNTUK SEMUA MURID, GURU, KAKITANGAN SEKOLAH DAN IBU BAPA.
  3. PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, NILAI, PENGALAMAN, SIKAP DAN KELAKUAN YANG DISAMPAIKAN KEPADA MURID HENDAKLAH SELARI DENGAN KEHENDAK FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.
  4. PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN HENDAKLAH BERUPAYA MENINGKATKAN KETAHANAN DAN JATI DIRI MURID.
  5. PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA WARGA SEKOLAH.
  6. PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH HENDAKLAH MENJURUS KE ARAH “SEKOLAH BEBAS DADAH”